Sunday, January 31, 2010

:: laporan Bulanan PSS 2010

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ....

Adalah dimaklumkan bahawa data laporan Bulanan PSS Januari 2010 boleh dihantar mulai sekarang. Tarikh akhir penghantaran data ialah 5 Januari 2010.

Untuk kutipan tahun ini, tuan/puan/cik dikehendaki menyertakan bersama alamat emel.

Kerjasama tuan/puan/ cik didahului ucapan ribuan terima kasih.

AZMAN MAHAMOOD
1 Feb 2010 / 8.40 am

Thursday, October 22, 2009

:: Kutipan Data NILAM 3/2009

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ....

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi Kutipan Data NILAM 3/2009 adalah pada 5 November 2009. Kutipan adalah kepada data yang dikutip sehingga 31 September 2009.

Sekolah yang gagal menghantar data pada tarikh yang ditetapkan, akan menyebabkan penerimaan Sijil NILAM ( dikeluarkan oleh BTPN ) pelajar sekolah berkenaan ditunda kepada tahun hadapan. Implikasi kepada situasi ini ialah, pelajar mungkin memerlukan sijil ini untuk menyokong permohonan ke sekolah pilihan.

Data hendaklah dihantar secara online.

Harap maklum

AZMAN MAHAMOOD
23 okt 2009 / 8.30 pm

Thursday, October 15, 2009

:: Bengkel Dokumentasi Kajiselidik Sekolah Menengah Kawasan PKG Gelugor

Assalamualaikum / Selamat sejahtera ....

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan berdasrkan butiran berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2009
Tempat : PKG Gelugor
Penglibatan : Semua GPM Sekolah Menengah

Sebarang pertanyaan ( bahan yang perlu dibawa bersama ) sila hubngi Puan wan Fazah ( Kak Wan )

Harap maklum

AZMAN MAHAMOOD
16 Oktober 2009 / 8.39am

Thursday, October 1, 2009

:: Bengkel Penghasilan Bahan Pengautomasian Analisa Kaji Selidik & Bengkel Penilaian Sudut Nilam

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera...

Bengkel akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 6 dan 7 Oktober 2009

Sila bawa laptop dan extension wire.

Surat panggilan mula difaks ke sekolah tuan/puan mulai hari ini.

Sila hubungi En. Fahmi jika surat panggilan belum diterima pada 5 Okt 2009 ( Isnin ).

Harap Maklum

AZMAN MAHAMOOD
2 Okt 2009 / 10.53 am

:: Penundaan Tarikh Aktiviti

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Penilaian Sudut Nilam yang dijadualkan pada 30 September 2009 telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penundaan terpaksa dilakukan kerana saya terlibat dengan satu mesyuarat di BTPNPP.

Kemaafan dipohon dari tuan/puan/cik dan kesulitan amat dikesali .

Harap Maklum

AZMAN MAHAMOOD
2 Okt 2009 / 10.36 am

Sunday, September 13, 2009

Status TARANTULA ...

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Terima kasih kepada rakan-rakan GPM yang telah mengambil tindakan dan menyelesaikan penarafan 'TARANTULA'.

Walaubagaimanapun, terdapat 5 lagi rakan kita yang masih berdepan masalah dengan 'TARANTULA'. Jika kedapatan masalah yang boleh saya bantu , sila call atau datang ke PKG. Adalah besar harapan saya sekiranya perkara ini dapat diselesaikan sebelum ketibaan Aidilfitri ( supaya kita sama-sama dapat beraya dengan tenang .... :) )

Sekian...

AZMAN MAHAMOOD
14 September 2009 / 8.59 am

:: Mesyuarat Penilaian Pencapaian Sasaran Tahunan 2009

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera ...

Mesyuarat berkenaan akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 16 September 2009 ( Rabu )
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm

Keterlibatan

1) Puan Wan Fazah bt Wan Ahmad - SMK Bkt Jambul ( Ketua Kumpulan Sek.Menengah )
1) Puan Rozaida bt Saad - SK Minden Height l ( Ketua Kumpulan Sek. Kebangsaan)
1) En. Loo Boon Kean - SJKC Moh Ghee Pusat ( Ketua Kumpulan SJKC)
1) Puan Manonmoney a/p Baby Supramaniam - SJKT Subramniya Barathee ( Ketua Kumpulan SJKT / SKM )

Harap Maklum
AZMAN MAHAMOOD
14 Sept 2009 / 8.49 am